Thursday, August 25, 2011

Our Lovely Hero

Alhamdulillah.... syukur kehadrat Allah S.W.T dengan izinNya our lovely hero finally selamat dilahirkan... Penantian selama lebih kurang 41 minggu 2hari dan 15 jam amat bernilai buat kami...

A lot of think i learn today bila menemani isteri di wad bersalin. Pertamanya... dengan rahmat bulan Ramadhan, Allah berikan aku kekuatan untuk menemani isteriku di sana... pada mulanya perasaan bercampur aduk sama ada nak masuk atau tak sebab hati ni tak tergamak melihat orang yang kita sayang menahan kesakitan.... tapi perasaan ingin memberi sokongan lebih mendesak untuk menemaninya... Alhamdulillah tak pengsan aku dalam tu... hehehehe.... Keduanya aku rasa sangat berbangga dengan isteri aku sebab dapat melalui semua itu tadi... bertungkus lumus dia meneran untuk melahirkan anak aku... Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T, walaupun terpaksa menggunakan vacum anak aku berjaya dilahirkan. Vacum terpaksa digunakan kerana tali pusat anak aku dah berbelit di anggota badannya... mungkin sebab itu jugalah isteri aku bekerja keras meneran tapi baby sukar untuk keluar. Memang letih sangat isteri aku tadi.... bayangkan dah beberapa hari tak dapat tidur selesa... tak boleh berbaring untuk tidur... huh... so proud of her.... tabah lalui semua tu....

Pagi tadi kita org sampai ke HSI jam 7.40 pagi... Isteri aku masuk wad bersalin jam 8 pagi dengan dah 4cm jalan terbuka.... aku dia bagi masuk jam 10 pagi... Alhamdulillah dengan kekuasaan Allah, tetiba je ramai nurse dan doctor yg membantu... 10 orang ada rasanya tadi dia orang dalam bilik tu.... termasuk la Dr. Ezainy... sedare org umah aku.... Thanks bro...  jasamu dikenang... walaupun kena present paper kul 3 ptg tadi... sempat membantu dengan jayanya.... thanks also to the other doctor and nurses yang terlibat di HSI....

InsyaAllah esok isteri dan our lovely hero da bleh balik umah... yeay..... Semoga dengan kelahiran anakku pada hari ini, Khamis (sama cam hari aku lahir) 25/8/2011 (25hb sama cam isteri aku lahir) dan di bulan yang penuh barakah ini membawa rahmat, kesihatan dan rezeki halal yang melimpah ruah kepada kami sekeluarga dan anda semua yang sudi membaca.... Amin....


No comments:

Post a Comment